Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais, menyifatkan pasukannya beraksi dengan baik meskipun tanpa beberapa pemain utama ketika terikat 0-0 dengan Terengganu dalam aksi Piala Malaysia, malam tadi.
Menurut Morais, pasukannya berdepan kesukaran pada 30 minit pertama kerana Terengganu bermain dengan intensiti tinggi sehingga memberi masalah kepada mereka.
“Kami hanya dapat mengimbangi rentak pasukan lawan di penghujung babak pertama.
“Ia perlawanan yang seimbang dengan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi menarik dan satu mata ini sangat penting,” ujarnya.
Ketua jurulatih kelahiran Portugal itu turut mempertahankan keputusannya merehatkan ketua pasukan, Safiq Rahim, Natxo Insa serta kesemua awang import, Marcos Antonio, Gonzalo Cabrera, Gabriel Guerra dan Mohammed Ghaddar.
Tambah Morais lagi, kelabnya memiliki seramai 29 pemain dan dia menaruh keyakinan kesebelasan utama yang diturunkannya mampu menggalas tugas dengan baik.
“Piala Malaysia medan terbaik untuk mereka beraksi.
“Malam ini (tadi) bertemu pasukan yang bagus seperti Terengganu, kami membuktikan pemain-pemain mampu memberi tentangan,” katanya lagi.
Nada sama turut disuarakan penjaga gol JDT, Muhammad Haziq Nadzli, yang beraksi cemerlang menafikan beberapa asakan tuan rumah.
Satu mata yang diraih itu, katanya, adalah keputusan positif jika mengambil kira mereka beraksi di gelanggang lawan.
“Terengganu bukan calang-calang pasukan dan hasil kerjasama berpasukan, kami berjaya membawa pulang satu mata,” ujarnya.