Kedah bangkit daripada kekecewaan dalam saingan Liga Super hujung minggu lalu apabila membenam Melaka United 2-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan C, Piala Malaysia, di Stadium Darulaman, malam ini.
Kedah dikejutkan Perak 3-2 di Alor Setar, Sabtu lalu selepas skuad kendalian Nidzam Adzha Yusof dihimpit masalah kecederaan pemain.
Bagaimanapun, aksi di laman sendiri malam ini menyaksikan Lang Merah -- yang turun selaku penyandang juara -- kembali diperkuat tonggak tengah, Baddrol Bakhtiar.
Kedah hampir membuka tirai jaringan seawal minit ke-19 apabila percubaan pemain import Brazil, Sandro da Silva sekadar menggegar tiang gol.
Bagaimanapun, Sandro berjaya melunaskan peluang keduanya 10 minit kemudian selepas menerima hantaran Syafiq Ahmad untuk membuka tirai jaringan dengan rembatan leret.
Bermula babak kedua, Melaka membuat pertukaran dengan membawa masuk Fauzi Roslan bagi menyuntik ketajaman di jentera serangan.
Pertukaran taktikal itu ternyata tidak membuahkan hasil tatkala Kedah mengekalkan asakan bertubi-tubi.
Hasilnya, Baddrol -- yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut -- berjaya melakar gol kedua Lang Merah.
Berpunca daripada gerakan Liridon Krasniqi, import Kosovo itu membuat hantaran pendek kepada Syafiq sebelum dia menemui Baddrol yang tidak dikawal di pinggir kotak penalti lalu melepaskan rembatan ke gawang penjaga gol, Fazli Paat.
Kedudukan 2-0 kekal sehingga wisel penamat.
Sementara itu, aksi Kumpulan D menyaksikan Johor Darul Ta'zim (JDT) membelasah Sarawak 4-0 di Larkin.
Gol JDT hadir menerusi jaringan Marcos Antonio (m-11), Gabriel Guerra (m-26, 72) dan Natxo Insa (m-83).
Keputusan lain:
Kumpulan A
Pahang 2-2 Negeri Sembilan
T-Team 1-2 PKNP FC
Kumpulan B
Felda United 0-0 Kuala Lumpur
Perak 2-0 PKNS FC
Kumpulan C
Kelantan 3-1 UITM FC
Kumpulan D
Selangor 1-1 Terengganu