Penyerang Chile, Alexis Sanchez, berkemungkinan terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam pertemuan menentang Cameroon menjelang perlawanan pertama Piala Konfederasi 2017 kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali.
Chile diundi bersama Cameroon, Australia serta juara Piala Dunia 2014, Jerman.
Ketua jurulatih Chile, Juan Antonio Pizzi, berkata Sanchez mempunyai masalah kesihatan dan terpaksa membuat keputusan untuk tidak menurunkannya.
“Kami akan sabar menantikan proses pemulihan untuk membolehkannya kembali menyertai kami.
“Buat masa ini, Sanchez masih lagi berehat dan kami perlu menunggu sehingga Ahad,” katanya.
Selain itu, Pizzi juga menyatakan bahawa dia tidak mahu bergantung kepada Sanchez semata-mata, sebaliknya yakin dengan kebolehan pemain lain.
“Sanchez adalah pemain yang penting tetapi masih ramai lagi pemain yang berada dalam pasukan dan pastinya mereka mampu untuk bermain dengan baik.
“Kami sentiasa bersedia untuk setiap perlawanan, jadi kami tidak akan kehilangan kekuatan kami hanya kerana kecederaan yang Sanchez alami,” ujar Pizzi.