Sekali lagi Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan bahawa tiada pasukan yang boleh mengekang kehendak mereka dalam memburu kejuaraan dan ini dibuktikan ketika bertemu Kuala Lumpur City pada perlawanan akhir Piala FA.
Ini merupakan perlawanan akhir yang keempat dan kejuaraan kali ketiga yang di cipta Harimau Selatan semenjak dipimpin oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Dengan kejuaraan dua tahun berturut-turut ini sudah pasti akan menambah koleksi kejuaraan JDT dan akan menyemarakkan lagi keinginan anak didik Esteban Solari untuk memburu kejuaraan Liga Super sepuluh tahun berturut-turut.
Apa yang menariknya, perlawanan akhir Piala FA malam tadi bukan sahaja strategi dan taktikal yang diterapkan Solari tetapi keinginan dan mentaliti sang juara yang ditampilkan oleh setiap pemain-pemain Harimau Selatan itu.
Mereka tidak rasa tertekan sebaliknya terus mempamirkan kualiti mereka melalui gerakkan secara individu atau secara berpasukan. Ia dibuktikan melalui jaringan pertama Hong Wan melalui rembatan jarak jauh dan melalui gerakkan jaringan kedua JDT yang disempurnakan Leandro Velazquez.
Selain itu kita juga dipamerkankan strategi yang menarik daripada Harimau Selatan apabila pemain sayap mereka di halang untuk melakukan hantran lintang sebaliknya mereka mengunakan lorongan bahagian tengah untuk memerangkap pertahanan lawan.
Sementara itu, pemain ‘attacking midfield’ JDT pula pantas memasuki kawasan penalti untuk menarik pertahanan lawan berada di zon bertahan mereka dan ia telah membuka ruang yang besar kepada pemain ‘defending midfield’ seperti Hong Wan untuk melakukan rembatan.
Atas faktor itu yang memerangkap anak didik Bojan Hodak dalam separuh masa kedua terutama kerana tidak dapat melihat perubahan strategi yang dilakukan Scolari itu.
Selain itu juga, pasukan kejurulatihan Harimau Selatan bijak dalam membaca kelemahan yang dijelmakan The City Boys dan dengan kebijaksanaan mereka itu juga yang banyak membantu kemenangan JDT semalam selain dapat mempertahankan kejuaraaanya.
Tahniah diucapkan kepada JDT yang dapat persembahkan aksi berkualiti dan kekalkan kemenangan di Stadium Sultan Ismail, begitu juga kepada Kuala Lumpur City yang berjaya memberi tentangan sengit perlawanan akhir itu sehingga menjadi perlawanan akhir berkualiti.