Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Selangor hilang khidmat Halim, Pacheco

18418nazliazmi.jpg
Jurulatih Selangor, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir, kehilangan sentuhan dua pemain utamanya, Abdul Halim Zainal dan Willian Pacheco, ekoran penggantungan bagi menghadapi Kuala Lumpur dalam perlawanan kedua suku akhir Piala FA di Stadium Cheras, Sabtu ini.

Dalam aksi peringkat pertama tempoh hari, Selangor beraksi tanpa kelibat kapten pasukan, Mohd Razman Roslan, dan Azamuddin Akil yang berdepan masalah kecederaan.

Kali ini situasinya sama tetapi melibatkan pemain berbeza apabila Halim dan Pacheco terpaksa direhatkan kerana digantung perlawanan.

Situasi itu membuatkan Nazliazmi berjaga-jaga dengan kekuatan yang dimiliki pasukannya kerana tidak mahu tragedi kekalahan besar 4-0 di tangan Kedah dalam saingan liga baru-baru ini berulang lagi.

"Kad kuning dalam pusingan kelayakan akan dibawa ke peringkat suku akhir. Ia tidak batal begitu. Jadi, Halim dan Pacheco tidak dapat bermain," katanya.

Dalam masa yang sama, Nazliazmi menegaskan tiada istilah aksi mudah menerusi bekalan tiga gol yang dibawa dalam aksi timbal balik nanti kerana dia menjangkakan Kuala Lumpur bakal melebarkan penguasaan mereka selepas kecewa dengan kekalahan lalu.

"Jangan terlalu yakin. Apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak. 3-0 belum menjamin tempat kami.

"Tetapi kekuatan, keyakinan dan semangat yang ditunjukkan sebelum ini, Insya-Allah tidak mustahil kami boleh mengatasi Kuala Lumpur," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video