Tonggak pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Marcos Antonio Elias Santos, kekal optimis pasukannya akan melepasi halangan Pahang dalam suku akhir kedua Piala FA pada 20 April ini selepas Harimau Selatan itu diikat tanpa jaringan di Stadium Darulmakmur, semalam.
Bagi Santos, ia bukan mudah untuk menangani Tok Gajah di laman sendiri, apatah lagi lawan itu turut kerap memberi tekanan kepada pertahanan JDT.
Katanya, hanya kemampuan JDT mengekalkan disiplin dalam permainan mereka menyukarkan Pahang merakam kemenangan.
"Sudah tentu, ia adalah satu perlawanan sukar untuk kedua-dua pasukan tetapi masih ada 90 minit untuk diharungi.
"Kami akan cuba memberikan yang terbaik di laman sendiri untuk memenangi perlawanan," ujarnya.
Perlawanan tersebut juga menyaksikan JDT mensia-siakan beberapa peluang menjaringkan gol.
Namun, Santos dan Mohamad Fadhli Shas beraksi cemerlang selaku bek tengah memastikan gawang JDT tidak dibolosi.
Awang import kelahiran Brazil itu enggan menyalahkan rakan sepasukan yang gagal menemui sasaran gol.
Sebaliknya, bekas pemain Nuremberg FC dalam Bundesliga itu berkata setiap pemain JDT pasti meningkatkan permainan mereka dalam aksi timbal balik nanti.
"Inilah bola sepak, hari ini kami tidak menang, namun kami akan beraksi baik untuk aksi seterusnya.
"Kami mempunyai banyak perlawanan sukar. Kami perlu bersiap untuk satu perlawanan ke satu perlawanan.
"Dalam aksi timbal balik nanti, kami akan bersedia dalam usaha untuk ke separuh akhir," katanya lagi.