Jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, menggesa pasukannya agar melupakan kekalahan 3-0 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT), sebaliknya memberi perhatian terhadap perlawanan kedua suku akhir Piala FA menentang Perak di Ipoh, Sabtu ini.
Rajagobal mengakui kekecewaan kepada skuad Harimau Selatan itu dalam aksi Liga Super, Sabtu lalu, pahit untuk diterima.
Namun, katanya, tumpuan kini wajar terarah kepada saingan Piala FA, dengan PKNS mempunyai sedikit kelebihan hasil kemenangan tipis 2-1 yang diperoleh dalam aksi pertama di Stadium Shah Alam, 7 April lalu.
"Kami tahu bagaimana situasi hari itu dan saya mahu pemain melakukan tugas dengan baik seperti yang dirancang. Mereka perlu tahu tanggungjawab masing-masing," katanya.
Bekas pengendali kebangsaan itu sedar Perak pasti memburu jaringan awal dalam aksi di Ipoh nanti
Kerana itu, Rajagobal berasa ia penting buat PKNS memperkukuhkan barisan pertahanan agar tidak dibolosi.
"Kami tidak perlu buat keputusan tergesa-gesa. Apa yang penting adalah bermain dengan baik dan jangan mudah dibolosi.
"Tunggulah masa yang sesuai untuk menjaringkan gol, jangan terlalu cepat dan jangan mudah hilang corak permainan kita," katanya lagi.