Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Piala FA: PKNP gagal sekat laluan Pahang ke final

pahangpknp.jpg
PKNP 1 (2) PAHANG 2 (3)

PKNP FC gagal merealisasikan impian mencipta sejarah kelab untuk beraksi di pentas akhir Piala FA apabila tumpas 2-1 kepada Pahang dalam separuh akhir kedua di Ipoh, sebentar tadi. 


Pelawat, yang terikat 1-1 dalam separuh akhir pertama di Kuantan, minggu lalu, cuba mencari gol awal dengan bola tandukan Muhamadou Sumareh terkena tiang dan dikeluarkan oleh penjaga gol, Ahmad Asyraaf Omar, pada minit ke-23. 

Tuan rumah pula terlepas peluang mendahului pada minit ke-28 apabila Mohamad Hafiz Ramdan gagal menyempurnakan peluang selepas bola tandukan Franklin Anzite jatuh tepat di kaki dan tolakannya berjaya dihalang pertahanan lawan.  

Hasrat Pahang untuk berada di hadapan1-0 tercapai apabila Augustine Amutu merembat bola leret masuk ke gawang PKNP pada minit ke-32.

Tersentak dengan gol itu, PKNP menggandakan asakan tetapi terlepas peluang pada minit ke-38 apabila sepakan percuma daripada Mohamad Ezanie Md Salleh gagal ditanduk kemas Ritus Krajuklis.

PKNP menggandakan asakan sebaik memulakan separuh masa kedua dan pada minit ke-71, tandukan Fandi Ahmad terkena palang dan kemudian percubaan Sabir Abdul Salim pula tersasar dan Hafiz sekali lagi membuat rembatan kencang dua minit kemudian tetapi bola melencong keluar.

Pahang merencatkan sisa perjuangan PKNP apabila Norshahrul Idlan Talaha membuat sepakan cantik ke penjuru gawang PKNP untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Permainan semakin rancak dan PKNP dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-80 apabila bola terkena tangan pertahanan Pahang sambil Franklin tidak mempersia-siakan peluang menjaringkan gol untuk menamatkan saingan 2-1, sekali gus menjadikan agregat 3-2.

Pahang akan bertemu Selangor dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
  

Advertisement

Must Watch Video