Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Perlawanan mendebarkan -- Rajagobal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rajagopalpkns.jpg
PKNS FC layak ke peringkat separuh akhir Piala FA apabila menang 4-3 secara agregat ke atas Perak di Ipoh, semalam

Namun, pengendali PKNS, Datuk K. Rajagobal, menyifatkan ia sesuatu yang begitu mendebarkan apabila Perak bangkit daripada ketinggalan 2-0. 

"Perlawanan suku akhir kedua Piala FA di antara PKNS FC dan Perak ini sungguh mendebarkan.
 
"Keyakinan saya sebagai jurulatih tinggi selepas mendahului 2-0 tetapi ketika 10 minit terakhir apabila keputusan seri 2-2, saya rasa sesiapa pun boleh menang," ujarnya.

Tambah Rajagobal: "Saya sudah menjangka Perak mahu gol awal kerana secara agregat pasukan lawan ketinggalan satu gol sebelum perlawanan bermula. Pemain (PKNS) pula, apabila berjaya mendahului, mula berasa selesa dan hilang fokus.

"Apabila Perak mendapat satu gol, boleh nampak kebangkitan dan berjaya menekan kami. Memang betul-betul mendebarkan sehinggalah wisel penamat ditiupkan.

"Syabas pemain PKNS kerana berjaya bertahan di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video