Jurulatih PKNS FC, K. Rajagobal, meluahkan kelegaan selepas menyaksikan pasukannya berjaya menangani tentangan sengit untuk menang 2-1 dalam perlawanan pertama suku akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, semalam.
"Pemain memberikan tenaga yang penuh. Kalau tengok keseluruhan perlawanan, kita menjangka Perak bermain dengan agresif dan cuba mendapat kemenangan di tempat lawan," katanya.
Turun sebagai tuan rumah, PKNS menaruh keyakinan untuk memastikan Perak pulang hampa menjelang aksi timbal balik nanti.
Begitupun, babak pertama menyaksikan permainan lebih dikuasai pelawat, dengan menyaksikan percubaan Amirul Azhan Aznan ditepis penjaga gawang PKNS, Mohd Shahril Saa'ri.
PKNS, bagaimanapun, terlebih dahulu memecah kebuntuan apabila pemain antarabangsa Singapura, Faris Ramli, bijak memanfaatkan kesempatan untuk memperoleh jaringan pada minit ke-24.
Perak tampil dengan corak permainan lebih pantas, terutama dengan kemasukan pemain gantian, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri dan Nazrin Nawi dalam separuh masa kedua.
Beberapa peluang jaringan diperoleh skuad kendalian Mehmet Durakovic itu tetapi dihampakan ketumpulan penyudah.
Sebaliknya, PKNS lebih gah dengan Safee Sali memperoleh gol kedua pasukannya selepas menyempurnakan serangan balas pantas pada minit ke-88.
Ketika PKNS pada kedudukan selesa dengan mendahuli 2-0, Perak mendapat sepakan penalti pada masa kecederaan apabila Gilmar Jose da Silva dijatuhkan pertahanan tuan rumah.
Wander Luiz tidak mensia-siakan sepakan itu untuk menghidupkan peluang tipis pasukannya menjelang aksi kedua di Ipoh, 21 April nanti.
"Kamu lihat perlawanan, ada banyak peluang. Mereka berjaya menang perlawanan ini ketika kami turut layak mendapat gol. Itulah bola sepak," kata Durakovic.