Tonggak tengah Pahang, Muhammad Safuwan Baharudin, mengakui moral pasukannya berada
pada tahap terbaik walaupun mereka berdepan masalah kecergasan pemain untuk berdepan
Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan kedua suku akhir Piala FA di Larkin, malam ini.
Pemain antarabangsa Singapura itu adalah antara tonggak skuad Tok Gajah yang sedang beransur pulih daripada kecederaaan kaki.
Selain Safuwan, pertahanan kanan dan kapten pasukan, Matthew Davies, juga bergelut dengan masa untuk cergas sepenuhnya daripada kecederaan hamstring.
Bagi Safuwan, pemain Pahang tetap bermotivasi tinggi berdepan JDT dan masalah kecergasan pemain tidak melemahkan semangat mereka.
"Kami harus mengekalkan semangat tinggi. Momentum dan moral pasukan juga harus tinggi.
"Walaupun keputusan tiada di tangan kami, saya boleh rasai semangat pasukan sejak saya menyertai pasukan ini," ujarnya.
Safuwan, yang direhatkan ketika pasukannya seri 2-2 menentang Kuala Lumpur dalam Liga
Super, Ahad lalu, mengakui kini berasa lebih baik untuk beraksi.
Bekas pemain PDRM itu berkata walaupun baru beransur pulih daripada kecederaan, dia tetap mahu diturunkan dalam perlawanan malam ini.
Berdepan Kuala Lumpur tanpa penampilan Safuwan, Pahang tampak memberi ruang buat lawan
di bahagian tengah dan kelibatnya amat diperlukan untuk menangani keampuhan jentera tengah JDT.
"Kecederaan memberi satu tekanan kepada saya. Saya harap esok pagi (hari ini) dapat
memanaskan badan lebih sedikit untuk persediaan menghadapi perlawanan esok (malam ini),"
katanya lagi.
Dalam aksi pertama suku akhir di Stadium Darulmakmur pada 6 April lalu, Pahang dan JDT
terikat tanpa sebarang jaringan.