Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sudah memikirkan mekasnisme terbaik bagi mengelakkan berlaku kekecohan pembelian tiket seperti yang terjadi sebelum ini untuk perlawanan akhir Piala FA, Sabtu ini.
Selain berjanji akan meningkatkan kawalan keselamatan di setiap venue penjualan tiket, pihak MFL juga sudah berbincang dengan persatuan negeri yang terlibat untuk menggunakan sistem lebih terancang.
Sebanyak 80,000 tiket diperuntukkan untuk perlawanan akhir Piala FA di antara Pahang dan Selangor.
Daripada jumlah itu, setiap persatuan negeri akan mendapat 35,000 tiket untuk dijual di negeri masing-masing dan tiada penjualan tiket akan berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Baki 18,000 akan dijual menerusi atas talian, ditambah 750 tiket lagi untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.
Harga tiket bermula daripada RM50 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.
"Kami sudah berbincang dengan kedua-dua pasukan. Ketika penjualan perlu diadakan kawalan keselamatan yang baik, tidak menjual jumlah tiket yang banyak pada hari pertama dan mengagihkan tiket mengikut hari," kata Pegawai Operasi MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd.
Untuk Pahang, selain Stadium Darulmakmur, Kuantan yang akan dijadikan pusat penjualan tiket khas bagi penyokong Tok Gajah, satu lagi tempat adalah di Stadium Temerloh.
Sementara itu, untuk peminat Red Giants, penjualan tiket akan bertempat di Stadium Shah Alam.
Tiket perlawanan akhir itu boleh dibeli bermula Rabu ini.
"Peruntukan untuk 35,000 tiket ini memang hanya dibuka pada Rabu, hanya di Stadium Shah Alam. Kami tidak pecahkan kepada daerah-daerah seperti yang dilakukan Pahang," kata Pengurus Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Rauf Ahmad.
"Kami sedang menghubungi semua persatuan bola sepak daerah, bertanya tentang keperluan mereka dan berapa tiket yang dimahukan mereka. Kami akan mengagihkan tiket ini ke seluruh pelosok negeri," kata Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk Akbar VV Abu.