Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Memang bukan rezeki kami -- Durakovic

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mehmetperakfa1.jpg
"Apa nak dikata. Perak mendominasi permainan. Banyak peluang tetapi gagal menambah jaringan. Untuk Piala FA, kami hanya setakat di sini," ujar pengendali, Mehmet Durakovic.

Perak tersekat di peringkat suku akhir apabila hanya mencatatkan keputusan seri 2-2 berhadapan PKNS FC dalam saingan kedua di Ipoh semalam setelah tewas 2-1 di Shah Alam dua minggu lalu.

Ujar Durakovic lagi, tiada siapa perlu dipersalahkan kerana Perak bergerak sebagai satu unit dan telah memberikan persembahan terbaik.

"Sudah terlambat untuk menyalahkan sesiapa. Serangan bertali arus tetapi gagal dengan penyudah yang tepat. PKNS juga bermain cemerlang dan berjaya mengekang asakan, malah memberi tekanan apabila mendahului 2-0.

"Susah untuk terima keputusan ini kerana Perak bermain seperti dirancang. Tetapi tidak apa, kita menang bersama, kalah bersama.  

"Masih ada lagi kejuaraan yang perlu dikejar, iaitu Liga Super dan Piala Malaysia," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video