Kejayaan Selangor mara ke final Piala FA buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun adalah hadiah kepada seluruh penyokong setia mereka selepas pelbagai dugaan dan kemelut melanda pasukan itu dalam tempoh dua musim ini.
Jurulatih Selangor, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir, tidak mahu kejayaan ke final selepas menyingkirkan PKNS dengan agregat 5-1 dalam separuh akhir hanya terarah kepada dirinya tetapi kepada seluruh staf kejurulatihan pasukan.
Paling penting, dia memberi penghormatan kepada penyokong Selangor yang kekal setia walaupun nasib pasukan terumbang-ambing sejak musim lalu kerana terpalit dengan masalah pengurusan.
"Saya nampak ini adalah petanda positif untuk pasukan. Saya juga mengharapkan sokongan daripada peminat.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana tetap berdiri teguh walaupun apa yang berlaku dengan pasukan. Saya tidak sabar untuk menunggu perlawanan akhir pada Sabtu ini," kata Nazliazmi.
Bagaimanapun, kemaraan Selangor dibayar dengan harga mahal apabila tonggak pertahanan, Willian Pacheco, mungkin terlepas peluang beraksi dalam final kerana kecederaan selepas dikasari Safee Sali.
"Kami masih tidak tahu lagi kerana dia berada di hospital kerana kesakitan kakinya. Saya berharap dia dapat menyertai pasukan.
"Tetapi kami masih mempunyai pemain yang boleh menampung ketiadaannya. Kami harus turun untuk meraih kemenangan dalam final nanti," kata pemain Selangor, Rufino Segovia.
Sementara itu, jurulatih PKNS, Datuk K. Rajagobal, mengakui tiada apa hendak dimalukan pasukan, malah berpuas hati pemain telah bangkit berbanding aksi buruk dalam separuh akhir pertama.
"Walaupun kami ketinggalan 4-0, kami tidak cepat berputus asa. Saya fikir mereka bermain baik dan ada peningkatan.
"Saya berpuas hati. Saya mengucapkan tahniah kepada Selangor kerana melangkah ke perlawanan akhir," katanya.
Selangor meraih keputusan 1-1 bertemu PKNS dalam aksi timbal balik separuh akhr di Stadium Shah Alam semalam selepas meraih kemenangan besar 4-0 dalam separuh akhir pertama, 23 Jun lalu.