Kejayaan Penang FC menyingkirkan pasukan pilihan, Kedah Darul Aman FC (KDA FC), untuk mara ke pusingan 16 Piala FA 2023 adalah hasil persiapan awal dan kekuatan mental, bukannya faktor tuah.
Ketua Jurulatih Penang FC, Chong Yee Fatt, berkata kejayaan itu juga hasil taktikal dan persediaan sehingga masa tambahan 120 minit yang dilakukan oleh Harimau Kumbang termasuk latihan penentuan sepakan penalti.
Menurutnya, kejayaan mengejutkan Sang Kenari 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 dalam masa sebenar dan tambahan adalah kejayaan manis berikutan mereka baru sahaja tewas dalam saingan Liga Super kepada Kelantan FC beberapa hari lalu.
"Berjumpa dengan Kedah adalah salah satu pasukan yang sukar dalam saingan ini tapi kekuatan mental pemain berjaya hadapinya, terutama selepas kami pulang dari Kelantan.
"Mungkin sepakan penalti adalah tuah tapi secara keseluruhannya, kami sudah bersedia dengan situasi ini (sehingga masa tambahan dan sepakan penalti)," katanya selepas tamat perlawanan di Stadium Darul Aman itu malam tadi.
Jelas Yee Fatt, mereka tidak boleh bermain mengikut rentak KDA FC kerana bakal memberikan lebih tekanan kepada Penang FC sebagai pasukan pelawat.
"Kami tak boleh bermain ikut rentak Kedah. Hanya bermain terbuka dan bunuh (karakter) mereka. Jadi ini adalah perancangan permainan.
"Kami bermain di tempat lawan dengan pasukan sukar dan akhirnya pulang ke laman sendiri dengan kemenangan. Kami gembira," ujarnya lagi.
Dalam perlawanan berkenaan, penjaga gawang Penang FC, Shafiq Afifi Suhaimi, dinobatkan pemain terbaik perlawanan kerana menyelamatkan beberapa percubaan wajib gol tuan rumah termasuk menyelamatakn sepakan penalti Lee Tuck dan Bojan Ciger.
Selepas ini, Penang FC akan berdepan Kuching City FC pada 15 April depan dalam pusingan 16 Piala FA 2023.
Kredit: Sinar Harian