CHELSEA 2 SOUTHAMPTON 0
Jaringan cantik Olivier Giroud dan tandukan Alvaro Morata memberikan Chelsea kemenangan 2-0 ke atas Southampton semalam untuk kembali aksi final Piala FA.
Pengendali pasukan, Antonio Conte, memilih Giroud berbanding Morata dalam kesebelasan utama dan penyerang Perancis itu membayar kepercayaan itu dengan gol pembukaan pada minit pertama separuh masa kedua.
Cesc Fabregas dan Eden Hazard berganding sebelum mencari Giroud dalam kotak penalti untuk meletakkan Chelsea di hadapan.
Shane Long melepaskan peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan buat skuad kendalian Mark Hughes itu manakala dia turut meminta pengadil perlawanan, Martin Atkinson, untuk memberikan sepakan penalti apabila dia dijatuhkan.
Taktikal Conte terus menjadi perbualan hangat untuk mengharungi musim yang sukar tetapi dia mengambil keputusan untuk menggantikan Giroud dengan Morata pada baki 10 minit perlawanan -- percaturannya itu membuahkan hasil apabila Morata meledak gol selepas 88 saat berada di atas padang.
Kemenangan ini menyaksikan Chelsea bakal berdepan Manchester United pada 19 Mei ini dan berpeluang untuk menebus kekecewaan musim lalu apabila tewas kepada Arsenal dalam pertembungan di Wembley.