Penyerang import Felda United, Gilberto Fortunato, berazam tidak rela berputih mata menentang bekas majikannya, PKNP FC, dalam suku akhir kedua Piala FA 2018, malam esok.
Fortunato pernah menabur bakti bersama PKNP pada musim lalu, namun kelibatnya sering dibayangi penyerang tempatan, Shahrel Fikri Md Fauzi.
Nasibnya berbeza apabila dia berhijrah ke Felda musim ini dengan menjadi tonggak utama jentera serangan apabila meledak enam gol dalam saingan Liga Perdana dan tiga lagi dalam saingan Piala FA setakat ini.
Justeru, dia sudah bersedia untuk berhadapan sekali lagi dengan pasukan lamanya, PKNP, malam esok selepas gagal mencipta jaringan dalam aksi pertama.
"Saya harus tampil profesional dan bermain sepenuh hati buat Felda, cuba memenangi perlawanan.
"Sudah tentu saya mempunyai rakan di PKNP kerana saya berada di sana pada musim lalu. Saya gembira di sana tetapi kini saya bersama Felda, jadi harus berjuang untuk pasukan saya," katanya.
Felda bakal melayan kunjungan PKNP di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka dengan berbekalkan kelebihan satu gol hasil jaringan Thiago Augusto ketika kedua-dua pasukan berentap di Stadium Batu Kawan, 7 April lalu.
Bagaimanapun, Fortunato tetap tidak memandang rendah kemampuan pasukan lamanya itu kerana PKNP mempunyai pemain yang laju untuk melancarkan serangan balas bagi mencari gol.
"Sudah tentu mereka akan menyerang kami kerana perlu menjaringkan gol tetapi kami beraksi di laman sendiri dan sudah pasti akan cuba melakukan perkara sama. Aksi ini akan menjadi perlawanan yang menarik," tambahnya.