Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Fortunato azam kalahkan bekas majikannya

fortunato19418.jpg
Penyerang import Felda United, Gilberto Fortunato, berazam mahu membawa pasukannya melangkah ke peringkat seterusnya meskipun terpaksa menyingkirkan bekas majikannya, PKNP FC, dalam perlawanan kedua suku akhir Piala FA di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, esok.

Pemain kelahiran Brazil itu pernah menabur bakti bersama PKNP pada musim lalu, bagaimanapun penampilannya sering dibayangi penyerang tempatan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi.

Nasibnya berbeza selepas dia berhijrah ke Felda musim ini apabila dia menjadi tonggak utama di barisan hadapan dengan meledak enam gol dalam liga dan tiga lagi dalam Piala FA setakat ini.

Justeru, dia sudah bersedia untuk berhadapan sekali lagi dengan PKNP selepas gagal merobek gawang bekas majikannya itu dalam pusingan pertama di Stadium Batu Kawan, 7 April lalu.

"Saya perlu menjadi profesional. Saya perlu memberikan aksi terbaik untuk Felda dan cuba memenangi perlawanan.

"Sudah tentu saya mempunyai kawan di PKNP kerana saya berada di sana tahun lalu. Saya sangat gembira di sana tetapi saya kini bersama Felda. Saya harus berjuang dengan Felda," katanya. 

Felda bakal melayan kunjungan PKNP dengan memiliki kelebihan satu gol hasil jaringan Thiago Augusto Fernandes.

Walaupun begitu, Fortunato tetap tidak memandang rendah kemampuan pasukan lamanya itu kerana PKNP mempunyai ramai pemain yang pantas untuk melancarkan serangan balas.

"Sudah tentu mereka akan menyerang habis-habisan kerana mereka memerlukan gol untuk meneruskan kemaraan. 

"Tetapi kami juga akan akan menjaringkan gol untuk memenangi perlawanan itu. Sudah tentu ia akan menjadi perlawanan yang menarik," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video