Skip to main content

Bola Sepak

Piala Emas Raja-Raja: KL tamatkan kemarau 31 tahun, ATM terus kempunan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl.jpg
Cuaca hujan lebat di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak menghalang Kuala Lumpur (KL) merangkul kejuaraan menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0 dalam Piala Emas Raja-Raja edisi ke-103, malam tadi.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama KL meraih gelaran selepas 31 tahun, sekali gus menamatkan kemarau dalam kejohanan berprestij itu.

Bagi ATM pula, penantian satu penyiksaan tatkala perlu menunggu lebih lama meskipun memasuki 26 tahun tidak bergelar juara.

Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan terpaksa bermain dengan hantaran tinggi berikutan faktor padang berlopak dan licin.

Gol tunggal permainan muncul pada minit ke 43, menerusi jaringan bekas tonggak KL City, Suhaimi Abu, yang menyempurnakan peluang terbuka hasil hantaran lolos menyaksikan penjaga gol The Gladiators tergelincir.

Peluang terakhir buat ATM musnah apabila sepakan penalti pada minit akhir ditepis penjaga gol KL, Hanif Faizal, yang muncul wira menyelamatkan gawang daripada dibolosi.

 

Ia, sekali gus menyaksikan harapan skuad kendalian Taufik Mat Radi hancur dan terpaksa akur sebagai naib juara.

KL membawa pulang piala pusingan dan wang tunai sebanyak RM50,000. 

"Tercapai juga hasrat saya, selepas 94 sampai lah sekarang. Kini sebagai jurulatih, 31 tahun lalu saya menjadi pemain dan kini jurulatih," kata ketua jurulatih KL, Zolkipli Samion.
 

Advertisement

Must Watch Video