Skip to main content

Bola Sepak

Piala EFL: Tottenham rendah diri jumpa Chelsea

conte.jpg
Pengurus Tottenham, Antonio Conte, percaya bekas pasukannya, Chelsea lebih bersedia untuk memenangi trofi berbanding majikannya sekarang.

Conte kembali ke London pada awal November lalu dan belum tidak tewas dalam lapan perlawanan liga di bawah kendaliannya, secara tidak langsung memastikan Spurs mendaki ke tangga keenam dan hanya dua mata di belakang Arsenal yang menguasai tempat keempat selain masih berkelebihan dua perlawanan.

Bekas pengurus Inter tersebut juga memastikan kemenangan suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) 2-1 ke atas West Ham bagi menempah dua pertemuan dengan skuad kendalian Thomas Tuchel itu bagi mengintai tempat ke final di Wembley.

Spurs telah mara dalam enam daripada lapan perlawanan di peringkat separuh akhir Piala EFL yang terakhir apabila hanya gagal pada 2006-07 iaitu ketika menentang Arsenal dan Chelsea pula pada 2018-19, tetapi Conte percaya ketika ini bekas kelabnya itu lebih bersedia untuk menikmati kejayaan.

"Saya fikir untuk semua pihak adalah sangat penting untuk memenangi trofi -- baik kelab, pemain mahupun pengurus," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar pra-perlawanan Piala EFL, Khamis ini. 





"Saya perlu memberitahu anda perkara ini. Saya fikir adalah perlu untuk membentuk sebuah pasukan dalam usaha memenangi trofi. Saya boleh memenangi trofi dengan mengatakan bahawa saya mahu menang. Tetapi saya masih perlu memantapkan dan membina sesuatu yang bersedia untuk menang.

"Saya fikir ketika ini, Chelsea lebih bersedia untuk menang daripada kami. Mereka memenangi Liga Juara-Juara musim lalu.

"Saya rasa masih mempunyai banyak ruang untuk penambahbaikan dalam usaha menjadi sebuah pasukan yang mempunyai aspirasi untuk menang. Yang pastinya kami akan melakukan segala-galanya untuk mara ke final kejohanan ini.

"Tetapi saya ulangi: mengucapkan kata kerja atau perkataan 'menang' adalah lebih mudah daripada meraih kemenangan kerana untuk menang, anda perlu membina sesuatu yang penting, menjadi kukuh, mempunyai skuad penting. Kemudian barulah anda bersedia untuk menang."

 

Advertisement

Must Watch Video