Manchester United, Chelsea, Liverpool dan Tottenham akan berhadapan dengan musuh Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL), hujung bulan depan.
Pasukan handalan itu akan memulakan kempen masing-masing di peringkat seterusnya termasuk juara bertahan, Manchester City.
Anak buah Pep Guardiola itu akan menghadapi Wycombe Wanderers di laman sendiri, tetapi beberapa seteru utama mereka akan menghadapi tugas lebih getir.
Musuh setempat mereka, The Red Devils, akan menjadi tuan rumah kepada West Ham sementara Chelsea berhitung dengan Aston Villa selepas menang 6-0 di Barrow.
Liverpool pula akan melakukan perjalanan ke Norwich City di mana mereka sempat mencatat kemenangan 3-0 dalam aksi liga musim ini.
Tottenham pula menuju ke Wolves -- juga pernah bertembung dalam liga -- untuk skuad bimbingan Nuno Espirito Santo itu menghadapi bekas kelabnya.
Selepas tercicir dalam kejohanan Eropah, Arsenal mara ke pusingan kedua dengan mengalahkan West Brom 6-0 sebentar tadi dan diundi menentang AFC Wimbledon.
Senarai penuh undian pusingan ketiga:

Your Round Three ties are confirmed!#EFL | #CarabaoCup pic.twitter.com/Ell5b28836
— Carabao Cup (@Carabao_Cup) August 25, 2021