Juara Bundesliga, Bayern Munich, menepati ramalan apabila mudah menewaskan Auckland City dengan kemenangan besar dalam kempen Piala Dunia Kelab, awal pagi tadi.
Untuk makluman, ini adalah kejohanan sulung diadakan dalam sejarah di bawah pengelola badan induk dunia, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Permainan wakil New Zealand itu tampak tempang dan terencat ekoran hadir ke Amerika Syarikat (AS) tanpa beberapa pemain utama.
Separuh masa pertama menyaksikan skuad kendalian Vincent Kompany itu mengatur serangan tanpa henti dan berhasil merobek gawang Auckland City dengan enam gol menerusi dua jaringan Kingsley Coman, Sacha Boey, dua gol Michael Olise dan Thomas Muller.
Dan ia tidak terhenti di situ tatkala bintang Jerman, Jamal Musiala, menjadi pemain pertama mencatatkan hatrik pertandingan diikuti tambahan jaringan daripada Muller, sekali gus meletakkan gergasi Eropah itu di tempat pertama Kumpulan C.
Namun, tahukah anda bahawa Auckland dibarisi pemain yang mempunyai latar belakang berbeza?
Kebanyakan skuad Auckland itu terdiri daripada pemain yang mengimbangi komitmen bola sepak mereka dengan pekerjaan sepenuh masa, dengan beberapa daripada mereka masih tinggal di rumah selepas menamatkan pengajian di universiti dan bergelut dengan pekerjaan sambilan.
Beberapa pemain handalan mereka terpaksa melupakan aksi itu ekoran tidak diberi pelepasan oleh majikan, selain tidak dibenarkan mengambil cuti.
Bukan kebiasaan dalam arena bola sepak tatkala mereka juga sedang menumpukan fokus terhadap kerjaya masing-masing.
Lebih mencuri tumpuan ialah penjaga gol mereka, Conor Tracey yang bekerja sebagai penyelia di gudang bekalan veterinar yang mengedarkan ubat terkawal kepada doktor haiwan di seluruh New Zealand.
Selepas ini, Bayern Munich akan bertemu kelab dari negara Argentina, Boca Juniors, bagi perlawanan seterusnya.

? @FCBayern brilliance in their #FIFACWC opener.
— FIFA Club World Cup (@FIFACWC) June 15, 2025
Dan ia tidak terhenti di situ tatkala bintang Jerman, Jamal Musiala, menjadi pemain pertama mencatatkan hatrik pertandingan diikuti tambahan jaringan daripada Muller, sekali gus meletakkan gergasi Eropah itu di tempat pertama Kumpulan C.
Namun, tahukah anda bahawa Auckland dibarisi pemain yang mempunyai latar belakang berbeza?
Most of Auckland City's squad is made up of players who balance their footballing commitments with full-time jobs, with a few of those still living at home or completing university studies juggling part-time employment.
— ESPN FC (@ESPNFC) June 15, 2025
Wow ? pic.twitter.com/CfwEHCkGix