Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia: Ibrahimovic kekal keputusan bersara

zlatan-ibrahimovic.jpg
Zlatan Ibrahimovic tidak akan keluar daripada persaraan antarabangsa untuk bermain dalam Piala Dunia Russia, kata Persatuan Bola Sepak Sweden (FA Sweden).

Pemain berusia 36 tahun itu mengakhiri kerjaya bersama Sweden selepas Kejohanan Euro 2016 tetapi timbul cadangan yang dia mungkin membuat kejutan untuk tampil dalam pusingan akhir temasya Russia 2018.

Ibrahimovic, yang kini mewakili LA Galaxy, berkata dia pasti berada dalam kejohanan itu atas kapasiti tertentu semasa membuat penampilan dalam siaran Jimmy Kimmel Live.

Bagaimanapun, akhirnya Zlatan memutuskan untuk tidak akan menjadi sebahagian daripada skuad di bawah kendalian ketua jurulatih, Janne Andersson.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FA Sweden di Facebook mengesahkan: "Pencetak gol terbaik sepanjang zaman Sweden untuk pasukan kebangsaan tidak akan bermain dalam Piala Dunia."

Minggu lalu, Andersson menjelaskan beliau tidak bercakap dengan Ibrahimovic mengenai kemunculan itu dengan menegaskan keputusan muktamad berada di tangannya.

"(Ibrahimovic) tidak mengatakan kepada saya bahawa dia mahu bermain," kata Andersson kepada Bild am Sonntag. 

"Jika dia membuat keputusan itu, dia boleh memanggil dan bercakap dengan saya mengenai perkara itu, sama seperti pemain lain yang bersara selepas Euro 2016."

Advertisement

Must Watch Video