Pengendali PDRM FC, Datuk Yunus Alif, belum mampu berlapang dada biarpun melangkah ke separuh akhir Piala Cabaran.
Di sebalik kemenangan 3-1 di Stadium MBPJ, malam tadi, Yunus melihat banyak kelompongan yang perlu diperbaiki sebelum saingan separuh akhir bermula.
Agregat 5-2 ke atas Kuala Lumpur (KL) Rovers bukan gambaran yang sempurna buat The Cops malah Yunus khuatir andai pihak lawan dalam pusingan separuh akhir nanti, lebih cekap membaca kelemahan anak buahnya.
"Banyak ruang kosong yang boleh ditembusi pemain lawan. Kami banyak main hantaran selamat dan negatif.
"Ia memberi pemain lawan menggunakan ruang kosong untuk menghukum kami," katanya selepas perlawanan.
Pengendali KL Rovers, Wan Mustafa Wan Ismail, yang masih berbangga dengan kudrat yang diberikan anak buahnya tanpa kehadiran pemain import.
Sungguhpun perjalanan anak buahnya terhenti tetapi kualiti dan semangat yang dipamerkan dianggap sesuatu yang cukup istimewa.
"Kami bukan sahaja kelab amatur yang mara kesuku akhir. Kami juga dapat menjaringkan gol tanpa pemain import.
"Saya harap ia menjadi pengajaran kepada semua pasukan. Sepatutnya apabila mara ke suku akhir, kami juga diberikan peluang untuk menggunakan awang import," katanya.