PIALA BELIA
Piala Belia: PKNS ikat TFC IV
Hasrat pendahulu Kumpulan A, Terengganu FC (TFC) IV, untuk melebarkan penguasaan tidak kesampaian selepas seri 1-1 dengan PKNS dalam aksi Piala Belia di Kuala Terengganu, petang tadi.
TFC IV dihidang dengan peluang seawal minit ketiga bermula daripada sepakan percuma Muhammad Syaiful Haqim, namun gagal disudahkan Muhammad Hisyam Ismail tatkala penjaga gol lawan sudah tertewas.
Asakan tuan rumah diteruskan pada minit ke-15 menerusi percubaan leret Muhammad Syafik Ismail dalam kotak penalti yang tepat ke dakapan Muhammad Aliff Aiman Mazlan.
Iklan
Muhammad Aliff sekali lagi cemerlang menafikan rembatan jarak dekat Muhammad Isa Raman, lima minit sebelum rehat untuk membawa kedudukan 0-0 ke bilik persalinan.
Dua minit bersambung dalam babak kedua, PKNS berada di depan dengan jaringan pembukaan penyerangnya, Muhammad Asraff Aliffuddin, yang memanfaatkan kesilapan benteng lawan.
Jaringan itu gagal dipertahankan selepas TFV IV menyamakan kedudukan hasil tandukan Muhammad Isa yang menerima umpanan Muhammad Syaiful dari sebelah kiri pada minit ke-50.
Penguasaan skuad kendalian Subri Sulong itu gagal menghasilkan gol kemenangan dengan PKNS bertahan habis-habisan untuk membawa pulang satu mata.
Keputusan seri itu sudah memadai buat TFC IV mengekalkan rekod tanpa kalah di tangga teratas dengan 18 mata daripada lapan perlawanan manakala PKNS mengumpul 11 mata di kedudukan keempat.
Must-Watch Video