BOLA SEPAK MSIA
Piala Asia B-23: Haqimi Azim mahu peranan besar sebaik bebas kecederaan
Penyerang serba boleh negara, Haqimi Azim Rosli, yang kembali mendapatkan sentuhan terbaiknya berikutan siri kecederaan tidak berasakan penyingkirannya daripada skuad senior yang terbang ke oman bagi Kelayakkan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sebagai penurunan taraf.
Dia sebaliknya percaya ada peranan besar yang harus digalasnya bersama skuad B-23 yang akan mengharungi kempen Piala Asia B-23 di Qatar, bulan depan.
Dua musim lalu, Haqimi memainkan peranan penting kemaraan skuad KL City ke pentas final tetapi kecederaan berulang dan kurangnya minit permainan menyaksikan Haqimi Azim jauh daripada bayangan pemain pilihan.
Iklan
"Saya bekerja keras untuk dapatkan rentak dan fizikal.
"Saya boleh sesuaikan diri dengan cepat.
"Apabila disenaraikan dalam skuad senior, saya rasa berdebar dan simpan hajat untuk buat yang terbaik demi negara," katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
Tambahnya, walaupun harus mengorbankan beberapa perkara, dia akur kerana jalan yang dipilih adalah untuk membanggakan nama negara tercinta.
"Saya akan perbetulkan kesilapan dan tingkatkan kemahiran.
"Pengorbanan dalam bola sepak adalah jalan yang kami pilih untuk harumkan nama negara," katanya.
Must-Watch Video