Kapten skuad kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak, mempersoalkan tindakan segelintir penyokong Malaysia yang mahu memboikot aksi Piala Airmarine kerana ia hanya akan memberi impak negatif kepada pemain.
Tidak seperti empat bulan lalu ketika saingan Piala Suzuki AFF, sokongan tidak berbelah-bahagi penyokong negara menghangatkan lagi suasana kejohanan dwitahunan itu.
Namun, perkara sebaliknya berlaku kali ini apabila tiada lagi tanda pagar Ekor Harimau Malaya, malah keputusan segelintir golongan itu membuatkan rata-rata pemain negara terkilan menjelang aksi Piala Airmarine berdepan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.
Situasi itu seolah-olah membayangkan perjuangan mencari kedudukan 34 terbaik Asia serta persediaan memperkuatkan pasukan bagi edisi Piala Suzuki AFF 2020 dan 2022 sebagai syarat kecemerlangan layak ke Piala Asia 2023, tidak bernilai.
“Saya tidak kecewa, cuma kami (pasukan) rasa semangat kami datang daripada penyokong sendiri. Bila dikatakan ingin memboikot, saya rasa ia secara keseluruhan menghasut yang lain untuk tidak ke stadium. Jika yang lain terhasut, siapa lagi yang ada di stadium kalau bukan penyokong?
“Jadi kalau ia (boikot) berlaku, di manakah semangat untuk kami bermain? Kalau tanya mana-mana pemain pun, sudah tentu pemain tidak ingin bermain di dalam keadaan stadium yang kosong,” katanya dalam sidang media praperlawanan Piala Airmarine 2019, hari ini.
Bagaimanapun, Zaquan menegaskan situasi itu tetap tidak akan menyebabkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu patah semangat, sebaliknya bertekad untuk mengangkat pasukan negara ke kedudukan terbaik ketika sokongan tidak memihak kepada mereka.
“Bila ada yang mengatakan untuk memboikot macam ini...saya cuma nak tekankan bahawa kami juga ada maruah dan kami buat kerja kami untuk negara sendiri. Mungkin mereka (Ultras) ada pendapat mereka dan terpulang jika mereka tetap ingin memboikot. Tugas kami hanya bermain bola.
“Untuk penyokong lain, saya mewakili pasukan merayu kalau boleh datanglah berikan sokongan kepada kami. Kami juga manusia biasa… kami perlukan sokongan anda semua,” katanya.
Malaysia akan memulakan kempen Piala Airmarine 2019 berdepan Singapura dalam aksi separuh akhir manakala satu lagi aksi menyaksikan Oman menentang Afghanistan. Kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.