Penyerang muda Selangor, Abdul Rahman Daud, kembali ke Indonesia selepas senarai 30 pemain skuad bawah 23 tahun negara untuk ke latihan pusat menjelang Piala AFF B-23 di Jakarta, 15 Julai depan.
Ironinya pada 2022, Rahman merupakan antara tonggak yang menjuarai Piala AFF B-19 selepas mereka membenam cabaran Laos 2-0 di Bekasi, Indonesia.
"Ini satu peluang yang besar untuk memulakan musim ini dengan baik.
"Kita tahu perseteruan sengit di antara Malaysia dan Indonesia. Setiap kali jumpa mereka, kami sedar perlu membanggakan penyokong Malaysia.
"Kami perlu persiapkan mental untuk mengulangi kejayaan B-19 yang lalu," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Rahman juga berpendapat, beraksi di Indonesia seakan-akan memberi tuah buat diri dan rakan sepasukannya hasil daripada kejayaan yang diraih sebelum ini.
Menambah keterujaannya menjelang kejohanan penting ini ialah aksi di Stadium Gelora Bung Karno lebih-lebih lagi tiket menentang tuan rumah sempena aksi terakhir peringkat kumpulan dikhabarkan sudah pun habis terjual.
Lantaran itu, peluang ini akan digunakan sepenuhnya bagi membuktikan kredibiliti dirinya sebagai penyerang, sekali gus memikat hati ketua jurulatih remaja negara, Nafuzi Zain.
"Dengan kehadiran dan penyokong yang fanatik di tempat sendiri, ia sebaliknya menggalakkan kami untuk menewaskan mereka.
"Kejohanan ini juga penting untuk kemajuan karier dan mungkin juga saya dapat menyumbat gol di sana," katanya.