Cerita yang berlaku di Surabaya, Indonesia, malam tadi bukan cerita baru.
Kalau disingkap perjalanan skuad bola sepak Malaysia fi negara jiran itu, insiden di Stadium Gelora Delta Sidoarjo malam tadi adalah yang ketiga membabitkan skuad bola sepak negara.
Dalam perlawanan akhir Kejohanan Piala AFF 2010 di bawah bimbingan Datuk K Rajagobal, Harimau Malaya mendapat layanan cukup "eksklusif" apabila terpaksa menaiki kereta perisai Barraccuda ketika mahu ke Gelora Bung Karno dan juga semasa pulang ke hotel selepas perlawanan.
Dalam Sukan SEA 2011, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee pula melalui episod kedua drama budaya di lokasi yang sama -- kali ini lebih menyeramkan hingga ada yang mengklasifikasikannya sebagai sejarah hitam bola sepak ASEAN.
Sehubungan itu, penolong jurulatih skuad B-19 negara, Hairuddin Omar, berasa terpanggil untuk menceritakan detik hitam yang dilalui mereka malam tadi. Malah, ketika nyanyian Negaraku berkumandang, segelintir penyokong tidak menunjukkan rasa hormat dengan membuat bunyi bising.
"Antara insiden yang berlaku semalam di tempat duduk simpanan pemain dalam tempoh 10 minit awal permainan, ada batu sebesar tapak tangan bayi tiba-tiba jatuh di depan kami.
"Ini perkara yang pelik, bagaimana batu sebesar itu boleh sampai ke bangku simpanan Malaysia.
"Barisan kejurulatihan sempat berbincang, sekiranya sekali lagi batu dibaling, kami akan mengadu kepada pegawai perlawanan ataupun meminta perlawanan supaya dihentikan, bahkan kami mungkin menarik diri.
"Ada satu sudut di mana penyokong yang sedia menyerbu ke dalam padang. Saya lihat ada pagar yang sudah runtuh dan saya bercakap kepada barisan kejurulatihan, kalau menang atau kalah, kita perlu bersiap-sedia segera masuk ke dalam bilik persalinan.
"Kita tidak tahu apa yang bermain di fikiran penyokong. Kalau mereka kalah, kemarahan mereka mungkin akan lagi tinggi. Kalau menang pula, semangat untuk meraikan kemenangan akan mengatasi kewarasan mereka," kata Hairuddin.
Surabaya melengkapkan cerita nilai dan sikap segelintir penyokong tuan rumah ternyata sukar menerima kekalahan skuad B-19 Indonesia 2-3 kepada Malaysia dalam Kejohanan Piala AFF B-19 menerusi penentuan sepakan penalti.
Bagi barisan muda negara pula, mereka pasti akan mengingati insiden 12 Julai sebagai detik yang sukar untuk dipadamkan dalam lipatan karier mereka.
"Ini kali pertama saya berdepan provokasi sebegini oleh penyokong dan dibaling botol.
"Ini pengalaman pertama kami dan inilah layanan yang kami terima ketika bertandang di stadium mereka," kata penjaga gol negara, Muhammad Azri Abdul Ghani, yang menafikan tiga sepakan lawan dalam penentuan penalti.
Pemain tengah, Nik Akif Syahiran Nik Mat, memberitahu: "Penyokong Indonesia sangat fanatik tetapi kurang profesional.
"Sudah menjadi adat permainan, ada menang atau kalah, kita semua perlu terima."
Sementara itu, dedah ketua pasukan Malaysia, Syaiful Alias: "Saya tidak pernah menempuhi pengalaman ini.
"Kami diarah berkumpul di tengah padang manakala pegawai keselamatan berkawal melindungi kami daripada dibaling batu dan botol."