MALAYSIA 2 KEMBOJA 0
Harapan skuad muda negara untuk memulakan kempen Piala AFF B-19 dengan langkah kanan menjadi kenyataan selepas mengatasi Kemboja 2-0 di Stadium Gelora Joko Samudro, Kota Surabaya, hari ini.
Skuad Bojan Hodak itu memulakan perlawanan dengan perlahan tetapi menunjukkan usaha mencari jaringan dengan mencipta beberapa peluang awal.
Malaysia meraih peluang gol menerusi sepakan percuma apabila rembatan diambil Nik Akif Syahiran Nik Mat terkena tiang tetapi Shivan Pillay Asokan berada di kedudukan baik untuk menyudahkan bola yang melantun itu pada minit ke-40.
Muhammad Akhyar Abdul Rashid kemudian bijak memanfaatkan peluang terhidang menerusi tandukan tepat untuk menerjah gawang pada minit ke-71.
Malaysia terus menguasai perlawanan sekalipun kedudukan 2-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
"Kami sepatutnya menjaringkan enam hingga tujuh gol. Pertahanan kami sangat ampuh dan saya rasa kami bagus di bahagian itu.
"Di barisan tengah pula, permukaan padang tidak baik menyukarkan permainan dan kekurangan sesi latihan sebelum perlawanan menjadi punca aksi kami kurang baik dan kami harus meningkatkannya," kata Hodak.
"Ia perlawanan yang sukar, kami sudah cuba untuk pastikan nasib menyebelahi kami. Namun, ia tetap milik Malaysia.
"Kami tiada masa untuk berasa sedih dengan kekalahan ini. Kami bangkit untuk aksi dengan Myanmar," kata jurulatih Kemboja, Musashi Mizushima.