Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Piala AFF B-19: Hodak puas hati persembahan pemain negara

hodak.jpg
Malaysia menepati kelebihan di atas kertas apabila cemerlang memastikan tiga mata tambahan selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Brunei dalam Kejohanan Bola Sepak Piala AFF B-19 di Kota Surabaya, Indonesia, hari ini.

"Saya memberikan peluang (kepada pemain) bermain 90 minit, tidak seperti selalu. Ia kerana, seperti yang saya katakan semalam, kami jarang dapat mengumpul skuad penuh. 

"Saya berpuas hati dengan keputusan dan persembahan mereka boleh ditingkatkan lagi," kata jurulatih pasukan negara, Bojan Hodak.

Momentum kemenangan mahu diteruskan dan kegagalan Brunei memberi saingan memudahkan hasrat Malaysia melaksanakannya.

Permulaan yang cukup baik buat Malaysia apabila tidak perlu menunggu lama untuk mencetak jaringan pembukaan pada minit keenam menerusi Muhammad Syahmi Safari.

Jaringan kedua negara menyusul menerusi Muhammad Nizarruddin Jazi pada minit ke-12, sekali gus meletakkan Brunei dalam keadaan yang sukar.

Selepas rehat, Malaysia bernafsu untuk mencari jaringan tambahan, namun sukar untuk mencari sasaran tepat.

Brunei, yang juga cuba bangkit, banyak menafikan beberapa peluang terbaik negara dalam babak kedua.

"Pemain menikmati perlawanan dan memberikan tumpuan penuh sehingga tamat. Ia  bagus untuk pemain menimba pengalaman," kata jurulatih Brunei, Takao Fujiwara.
 

Advertisement

Must Watch Video