Jurulatih skuad bawah 19 tahun negara, Bojan Hodak, melahirkan rasa lega dengan kejayaan Malaysia yang menepati sasaran awal melangkah ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF B-19 selepas melewati kesukaran untuk mencari rencah terbaik membabitkan pasukannya.
Hodak berkata pasukannya tidak membuat persediaan terbaik sebelum tiba di Kota Surabaya, Indonesia.
Tidak hairan, pertemuan dengan Kemboja dan Brunei dalam dua perlawanan awal gagal menepati tahap yang dimahukan Hodak selain kesukaran untuk mencetak kemenangan ke atas Timor-Leste.
Namun, kejayaan memecah dominasi pencabar utama Kumpulan B, iaitu Myanmar benar-benar melegakan Hodak kerana ia turut membawa maksud sasaran sebenar Malaysia di pentas kejohanan kali ini adalah separuh akhir.
"Secara keseluruhan prestasi kami baik dan banyak mendapat peluang. Mungkin kami lebih segar daripada mereka kerana kami menukar beberapa pemain," kata Hodak selepas Malaysia menewaskan Myanmar 1-0, semalam.
"Sasaran kami adalah untuk mengungguli kumpulan dan dalam empat perlawanan ini, kami hanya dibolosi satu gol. Saya rasa kami agak disiplin dalam bahagian itu.
"Kami gagal menewaskan Timor-Leste kerana kami melepaskan banyak peluang. Ini juga masalah utama kami dalam kejohanan ini."
Sementara itu, jurulatih Myanmar, Myo Hlaing Win, pula melihat kekuatan Malaysia lebih baik jika dibandingkan dengan pertemuan terakhir mereka sebelum ini.
"Pemain kami malas dan kami mengambil mudah dalam perlawanan ini. Tetapi Malaysia sangat kuat dan kami memberikan gol mudah kepada mereka," katanya.