Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Piala AFF B-19: Hodak kecewa dengan keadaan padang latihan

hodak.jpg
"Padang ini menjurus kepada kecederaan pemain," demikian reaksi jurulatih skuad bawah bawah 19 tahun negara, Bojan Hodak, selepas selesai sesi latihan pertama di padang latihan rasmi yang disediakan pihak tuan rumah di Surabaya, Indonesia.

Ada riak wajah tidak berpuas hati daripada Hodak sebaik tiba di Padang Sier, Kota Surabaya, hari ini, bagi menghadapi Piala AFF B-19.

Ternyata, kondisi padang yang disediakan tidak sesuai untuk skuad negara menjalani latihan ekoran permukaan yang berlopak dan berbatu.

"Saya tidak gembira dengan padang tetapi kami tiada pilihan. Ini yang diberikan penganjur. Jadi, kami tidak boleh mengadu mengenainya.

"Pasukan Thailand juga berlatih di sini. Ia tidak sesuai untuk bermain dan tidak seperti di Malaysia. Seperti yang saya katakan, kami tiada pilihan," ujar Hodak.

Mahu tidak mahu skuad negara tiada pilihan. Hodak hanya mengharapkan tiada kecederaan berlaku ke atas pemainnya.

Padang ini merupakan padang latihan yang sama digunakan oleh skuad B-19 Thailand daripada Kumpulan A.

"Kami mahu mengelak kecederaan. Kami tidak bermain, seperti yang dilhat, kami melakukan latihan tanpa lawan. Ia bagi mengelak bahaya kecederaan," katanya lagi.

Malaysia akan menghadapi Kemboja untuk perlawanan pertama Piala AFF B-19, Rabu ini.
 

Advertisement

Must Watch Video