PERSIJA 4 JDT 0
Gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) ditundukkan Persija Jakarta 4-0 dalam saingan peringkat kumpulan Piala AFC di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.
Merakamkan kemenangan 3-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos dalam aksi pembukaan Februari lalu, JDT gagal mengulangi pencapaian itu kali ini.
Dalam tempoh 19 minit, JDT ketinggalan 3-0 hasil hatrik yang disempurnakan oleh Marko Simic.
Mimpi buruk JDT berterusan apabila mereka terpaksa mengharungi baki perlawanan dengan 10 pemain apabila pemain pertahanan, Adam Nor Azlin, dilayangkan kad merah.
Bekas pemain import Melaka United dan Negeri Sembilan, Simic, menjaringkan gol keempat perlawanan menerusi sepakan penalti pada penghujung permainan.
Kemenangan ini meletakkan Persija mendahului saingan Kumpulan H dengan 10 mata dan hanya dibezakan dengan jaringan oleh penghuni tangga kedua, Song Lam Nghe An. JDT di tangga ketiga dengan tujuh mata manakala Tampines Rovers tercorot (satu mata).
Kredit: Johor Southern Tigers