Skip to main content

Bola Sepak

Peter Cklamovski: Jika dia bermain, saya pasti dia akan buat semua bangga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

peter.jpg
Dion Cools mempunyai tuah di Bukit Jalil tatkala kerap melakukan jaringan buat skuad negara.

Pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium itu sudah menghasilkan lima gol di gelanggang keramat Harimau Malaya itu.

Ia bermula dengan gol sulung menentang Bangladesh pada 2022, diikuti satu gol bertemu India dan dua gol menentang Kyrgyzstan pada 2023.

Bekas bintang Buriram United itu kemudiannya meraih gol kelima peribadi ketika bertemu Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia Jun lalu.

"Saya berharap kami akan terus melakar persembahan terbaik supaya ia menjadi bualan peminat tempatan. 

"Itu adalah perkara yang kami mahu capai dan mendominasi permainan dengan bagus," katanya di Nadi Arena.

Selain kelibat Cools dan beberapa pemain warisan negara yang lain, tumpuan kem negara turut terarah kepada tonggak baharu Richard Chin.

Ia menyaksikan aksi 'Causeway Derby' tersebut menjadi peluang terbaik buat pemain kelahiran England itu untuk melakukan debut bersama pasukan bimbingan Peter Cklamovski itu.

"Ia adalah pengalaman baharu buat dia (Richard Chin). 

"Dia mengembara dari Eropah dan datang ke sini serta cuba beradaptasi dengan permainan kami.

"Saya tidak meletakkan beban atau tekanan kepadanya. Dia sedang berkembang dengan peribadinya yang sangat tinggi.

"Jika dia diberikan peluang untuk beraksi, saya pasti dia akan membuat semua penyokong berbangga," kata Cklamovski semalam.
 

Advertisement

Must Watch Video