Ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon, menganggap tindakan pengendali Tajikistan menggunakan alasan ketiadaan 15 pemain utama menjelang final Pestabola Merdeka di Bukit Jalil malam esok sebagai satu sikap yang tidak baik.
Malaysia akan berdepan Tajikistan dalam aksi final berkenaan selepas menewaskan India 4-2 dalam perlawanan separuh akhir di venue sama pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, menjelang penentuan yang dinantikan itu, ketua jurulatih Tajikistan, Petar Segrt, berkata skuadnya kali ini bukanlah pasukan sama berbanding ketika menewaskan Harimau Malaya dalam final Piala Raja Thai pada tahun lalu.
Ini kerana 15 daripada pemainnya tidak mendapat pelepasan daripada kelab juara liga mereka, iaitu Istiklol, dan terpaksa berharap kepada skuad muda dengan purata umur 21 tahun.
Mengulas mengenai perkara itu, Pan-gon berkata dalam sidang media sebelum perlawanan: "Kenapa dia harus menbangis sebelum perlawanan bermula? Itu tabiat yang tidak baik.
"Sebelum perlawanan bermula, dia sudah memberikan alasan seperti itu.
"Bagi saya, sebagai seorang pemimpin, saya tidak akan bercakap seperti itu.
"Saya perlu yakin dengan pemain saya, saya perlu yakin dengan skuad saya kerana apa yang kita ada adalah yang terbaik dan perwatakan yang baik juga diperlukan dengan kemahuan untuk memenangi perlawanan.
"Jika seorang pemimpin sudah mula berasa takut, tidak yakin, rasa tidak memiliki pemain terbaik sebelum perlawanan dan hanya mengharapkan tuah, lebih baik saya tidak mengambil gaji.
"Bagi saya ia satu sikap yang tidak bagus dan tidak menghormati pasukan lawan.
"Apa yang boleh saya katakan, kita memiliki skuad yang ampuh, yang yakin dan bersedia sepenuhnya.
"Kami mahu memberikan persembahan terbaik, kemenangan terbaik buat penonton," katanya.