CELTIC 1 ZENIT 0
Brendan Rodgers memuji Celtic selepas merakamkan kemenangan pertama pusingan 32 Liga Europa ke atas Zenit awal pagi tadi sambil menegaskan masih ada tugas yang perlu dilaksanakan.
Juara Liga Perdana Scotland itu agak kecewa kerana gagal menukar dominasi mereka kepada gol di Celtic Park sehingga Rodgers terpaksa merombak taktiknya dan bergelut untuk menghasilkan kreativiti di bahagian hadapan.
Begitupun, pemain gantian, Charly Musonda, mencipta gerakan jaringan kemenangan buat Callum McGregor ketika 12 minit menuju waktu penamat, sekali gus membuat pengurus Celtic itu gembira dengan prestasi dan hasilnya.
"Saya fikir ia adalah persembahan cemerlang dari awal hingga akhir," kata Rodgers kepada BT Sport. "Kami mengekang (Zenit) dan ia stu persembahan yang sangat matang.
"Kami mempamerkan keperibadian dan perkembangan kami. Saya sangat gembira tetapi kami baru hanya separuh jalan.
"Kami tahu ia akan menjadi dua perlawanan yang sukar tetapi kami mencipta peluang kami, kami bertahan dengan baik, kami menerima keputusan tanpa dibolosi ini dan akan membawa bekalan ini untuk minggu depan," katanya.
Celtic akan berkunjung ke Stadium Krestovsky Zenit untuk aksi timbal balik pada Khamis depan.