Pertahanan tengah PSM Makassar, Yuran Fernandes dihukum gantung 12 bulan oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) gara-gara mengkritik Liga 1 Indonesia.
Memetik laporan Detik Sport, kapten PSM itu dikenakan hukuman berkenaan selepas mengeluarkan kenyataan yang mengkritik bola sepak Indonesia sebaik pasukannya tewas 1-3 kepada PSS Sleman pada 3 Mei lalu.
"Bola sepak di Indonesia hanya gurauan. Makanya, tahap dan (isu) rasuahnya akan tetap sama.
"Jika anda ingin menghasilkan wang, anda boleh datang ke Indonesia. Jika anda ingin bermain bola sepak secara serius, tinggalkan Indonesia," katanya dalam satu kiriman Instagram Story
Meskipun kenyataan itu kemudiannya dipadam, ia sudah ditularkan dan mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Indonesia.
Susulan itu, PSSI menjatuhkan hukuman penggantungan 12 bulan dan denda 25 juta Rupiah (RM6,500) ke atas bek tengah Cape Verde itu.
PSM kemudiannya memaklum bahawa mereka akan merayu keputusan yang dibuat Jawatankuasa Disiplin PSSI itu terhadap Fernandes.