Skip to main content

Bola Sepak

Persiapan rapi jana kemenangan buat MU

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

melaka_1.jpg
Pengendali Melaka United (MU), Eduardo Almeida, menyifatkan persiapan yang cukup membolehkan anak-anak buahnya meraih kemenangan 3-0 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Selepas menewaskan Kelantan dalam aksi pembukaan Liga Super 2018, Melaka dikejutkan dengan kekalahan besar 1-4 di tangan Selangor dalam aksi di Cheras, Rabu lalu.

Situasi itu membuatkan Eduardo terpaksa mengambil langkah merombak barisan depan ketika bertemu Negeri Sembilan apabila meletakkan Ahmad Fakri Saarani di bangku simpanan dan digantikan dengan R. Gopinathan.

Langkah itu berkesan apabila bekas pemain sayap Pahang itu menjaringkan gol ketiga pasukan selepas Yegor Zubovich mencatat dua jaringan awal buat Melaka.

"Sudah tentu aksi ini sangat penting dan memandangkan hari ini kami beraksi di laman sendiri, ia menjadi lebih utama.

"Kami memerlukan tiga mata dan sebaik sahaja aksi dimulakan, kami terus melakukan asakan dan tidak menunggu kerana telah mempersiapkan diri untuk memenangi perlawanan ini dengan lebih awal," kata Eduardo.

Bagi pengendali Negeri Sembilan, Jorg Steinebrunner, dia mengakui kesilapan yang dilakukan anak-anak buahnya memaksa skuad Hoben Jang Hoben menanggung kekalahan.

"Kami membenarkan lawan menjaringkan gol dengan mudah, terutama jaringan pertama. Anda boleh saksikannya," ujar Steinebrunner.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video