Skip to main content

Bola Sepak

Perpindahan Vlahovic ke Juventus tidak direstui 'ultras' Fiorentina

vlahovic.png
Kumpulan penyokong tegar, Curva Fiesole, mengecam perpindahan Dusan Vlahovic selain turut mengkritik Presiden Fioretina, Rocco Commisso, dan Pengarah, Joe Barone, melepaskan penyerang muda itu ke musuh terdekat, Juventus. 

"Jadi kebiasaannya, seorang lagi pengecut, tanpa maruah dan rasa hormat pergi ke sebuah kelab yang tanpa identiti atau rasa kepunyaan," kata kenyataan itu.

"Satu lagi penghijrahan selepas seseorang itu menyatakan cintanya kepada penyokong Viola, mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh pihak pendahulu: menjual pemain terbaik kepada seteru tradisi. 

"Kami tidak lagi terkejut dengan apa-apa dan pastinya rambut tidak akan keguguran selepas kehilangan seorang lagi pemain harapan."





Sekalipun menjadi buruan Arsenal, Tottenham dan Newcastle United, penyerang Serbia berusia 22 tahun itu memilih untuk menyertai Juventus.

Commisso baru-baru ini mengkritik Juventus berhubung salah urus kewangan mereka dan ultras Fiorentina berasakan bahawa dia sepatutnya berusaha lebih keras lagi untuk membatalkan perpindahan itu. 

"Apa yang mereka telah katakan dalam usaha meyakinkan presiden untuk melakukan perkara sedemikian?" menurut kenyataan itu lagi. 

“Anda sendiri yang memberitahu tidak akan menjual sebarang pemain lagi kepada Juventus.

"Tahniah Barone. pasti dialah yang meyakinkan presiden. Ya, anda boleh menjana wang tetapi anda kehilangan maruah di hadapan seluruh bandar ini dan seterusnya.

"Bagaimana mungkin anda memutuskan untuk melakukan perjanjian dengan sebuah pasukan yang anda sendiri tentang?

"Kami fikir telah meninggalkan tempoh gelap urusan perpindahan demi keuntungan dan urusan tidak telus, hakikatnya ia kembali menghantui kami. 

"Kota yang selama ini telah menyokong anda, kini terasa dipinggirkan dan dikhianati."

 

Advertisement

Must Watch Video