Skip to main content

Bola Sepak

Perpindahan Muto ke Newcastle terpaksa ditangguh

yoshinori-muto.jpg
Yoshinori Muto akan menyertai Newcastle United daripada Mainz dengan perpindahan yang bernilai GBP9.5 juta (RM50 juta) sementara menunggu kelulusan permit kerja di England.

Penyerang berusia 26 tahun itu telah bersetuju dengan syarat-syarat dan menjalani ujian perubatan bersama kelab itu ketika Rafael Benitez mencari pemain keempat sebelum musim bermula.

Tetapi perpindahan Muto terpaksa ditangguhkan hingga minggu depan selepas permit kerja pemain kebangsaan Jepun itu masih belum mendapat kelulusan.

Muto tampil sekali dalam aksi Piala Dunia di Russia dengan beraksi selama 82 minit ketika tewas 1-0 kepada Poland.

Dikenali dengan permainan pantas, bekas pemain FC Tokyo itu telah meledak 20 gol dalam tiga musim bersama Mainz.

Advertisement

Must Watch Video