Olivier Giroud berkata keputusan untuk menyertai Chelsea menjadi jelas selepas Pierre-Emerick Aubameyang akan menyertai Arsenal.
Giroud berhijrah ke Stamford Bridge pada hari terakhir jendela perpindahan bulan lalu, dengan menyempurnakan perpindahan yang dilaporkan bernilai GBP18 juta (RM98 juta).
Pemain kebangsaan Perancis itu dilihat bakal menjadi pilihan ketiga Arsenal di belakang Alexandre Lacazette dan Aubameyang, yang menyertai The Gunners pada hari yang sama.
Giroud dikaitkan dengan perpindahan itu selama beberapa bulan selepas bergelut mendapatkan tempat daripada Lacazette untuk beraksi dalam kesebelasan utama dan mendedahkan Borussia Dortmund, Sevilla dan Roma mahu mendapatkan khidmatnya.
Bagaimanapun, selepas Antonio Conte mula berminat, Giroud mengambil keputusan untuk berhijrah.
"Dortmund memberikan tawaran yang menarik tetapi hanya sebagai pemain pinjaman. Sevilla memberikan tawaran dan kelab dari Itali, Roma.
"Tetapi pilihan saya jelas apabila mengetahui Conte mahu bekerjasama dengan saya.
"Saya mengetahui Conte menghargai kebolehan saya," katanya.
Giroud tenang apabila Lacazette dibawa masuk dari Lyon untuk dijadikan sebagai saingan bagi mendapatkan tempat tetapi mengubah fikirannya selepas Aubameyang dibawa masuk.
"Saya mahu kekal di Arsenal dan mencuba nasib walaupun Lacazette hadir dalam pasukan.
"Tetapi Arsene Wenger mendapatkan seorang lagi penyerang (Aubameyang). Dengan adanya tiga penyerang utama, saya mengambil keputusan untuk berhijrah."