Perlawanan Melaka United dan Kelantan dalam Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini ditunda ke satu tarikh lain yang akan diumumkan kemudian.
Penundaan perlawanan itu dibuat selepas pemeriksaan padang dilakukan serta faktor cuaca dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan kepada pemain.
“Komisioner perlawanan memutuskan dalam mesyuarat koordinasi perlawanan Liga Super 2017 yang berlangsung pada jam 11.00 pagi ini, perlawanan Kelantan menentang Melaka United ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan nanti.”
Kenyataan berkenaan dikeluarkan di laman facebook rasmi Melaka United Soccer Association (MUSA) pada jam 12.30 tengah hari tadi.
Penyokong Melaka United yang sudah berada di Kelantan terpaksa akur dengan keputusan itu.