Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Azzuddin Ahmad, menyifatkan kehadiran Datuk Noor Azman Rahman dalam majlis yang dihadiri Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, sempena Sidang Kemuncak Asia Tenggara (ASEAN) baru-baru ini, sebagai di luar kebiasaan.
Ujarnya, adalah wajar bagi Setiausaha Agung FAM menghormati keputusan penggantungan yang sudah diumumkan dalam sidang media tempoh hari, sambil menanti hasil siasatan lengkap jawatankuasa bebas.
Azzuddin yang kali terakhir berkhidmat di Kelana Jaya pada 2013 itu turut mengakui masih menaruh harapan besar untuk melihat FAM kembali sebagai sebuah persatuan yang disegani dan dihormati bukan sahaja di peringkat domestik malah juga antarabangsa.
Terdahulu, Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, memaklumkan bahawa kehadiran Noor Azman di majlis tersebut tiada kaitan dengan urusan rasmi badan induk bola sepak negara, sebaliknya atas kapasiti peribadi.
"Perkara ini serius, dan tidak wajar berlaku.
"Dalam keadaan sedemikian, sebagai seorang setiausaha patut memahami perkataan penggantungan.
"Dia tidak boleh terlibat dalam apa jua aktiviti, meskipun berkapasiti peribadi.
"Lebih kecoh, ia tular dalam media sosial.
"Dia adalah orang penting dalam satu organisasi. Ibarat satu amanah yang besar," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.