Real Madrid mahukan bekas ketua jurulatihnya, Zinadine Zidane, untuk kembali ke Madrid, namun pengendali yang membawa Real Madrid menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu itu menganggap ia bukan masa yang sesuai, kata bekas presiden Madrid, Ramon Calderon.
Santiago Solari berdepan masa depan yang kian kabur selepas Madrid diaibkan Ajax dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah, kelmarin.
Juara tiga edisi berturut-turut itu tewas 4-1 kepada Ajax di Santiago Bernabeu untuk disingkirkan dengan agregat 5-3.
Dengan ketinggalan 12 mata dalam permburuan kejuaraan LaLiga dan turut tersingkir daripada saingan Copa del Rey, Jose Mourinho dikhabarkan akan sekali lagi mendapat mandat untuk kembali ke ibu kota Sepanyol itu di mana dia pernah membantu Madrid menjulang kejuaraan liga pada musim 2011-12.
Calderon, bagaimanapun, mendakwa Presiden Madrid, Florentino Perez, sudah menghubungi Zidane -- yang meninggalkan pasukan itu Jun tahun lalu selepas membantu Madrid meraih tiga kejuaraan Liga Juara-Juara berturut-turut -- sehari selepas pasukannya diaibkan Ajax.
"Saya difahamkan presiden (Perez) sudah menghubungi Zidane untuk membawanya kembali, namun dia berkata bukan sekarang," kata Calderon secara langsung dalam BBC Radio 5 semalam.
"Dia (Zidane) memberikan kemungkinan untuk kembali pada Jun ini," katanya.
Calderon menambah: "Pilihan utama presiden sudah semestinya Mourinho.
"Masalahnya kini adalah siapa yang akan mengendalikan pasukan ini? Mereka bercakap mengenai dua kemungkinan melibatkan Zidane dan Mourinho.
"Mereka adalah dua jurulatih berbeza dengan dua pemikiran berbeza.
"Dia presiden aneh dan tidak menentu yang membawa pasukan kepada situasi ini.
"Terdapat pilihan untuk membawa Mourinho kembali pada waktu ini, namun bagi saya ia tidak ada gunanya.
"Buat masa sekarang, apa yang anda lakukan akan menjadi kesilapan.
"Saya mencadangkan agar mereka menunggu sehingga tamat musim, namun ia masih terlalu lama, tiga bulan untuk mendengar kritikan dan kemarahan penyokong," katanya.