Skip to main content

Bola Sepak

Perez kekal sehingga 2021

perez-190617.jpg
Presiden Real Madrid, Florentino Perez, akan kekal menerajui juara Eropah itu sehingga 2021 apabila tiada siapa yang mencabar kedudukannya.

Perez, yang mula memegang jawatan itu pada tahun 2000, menang tanpa bertanding dan diumumkan melalui laman web juara Sepanyol itu.

Sejak mengambil alih Madrid, Perez yang berusia 70 tahun telah melalui tempoh yang berjaya, termasuk menjadi pasukan pertama berjaya mempertahankan trofi Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Juventus, 3 Jun lalu.

Skuad Real Madrid pada musim ini juga berjaya menjuarai LaLiga buat pertama kali sejak kali terakhir menjulang trofi itu pada 2012.

Dalam usaha untuk meneruskan era Galacticos di Madrid, kini Perez sedang cuba untuk mendapatkan khidmat pemain muda sensasi Monaco, Kylian Mbappe.

Bagaimanapun, desas-desus mengenai masa depan Cristiano Ronaldo kekal menjadi tanda tanya selepas wujud laporan kapten Portugal itu ingin meninggalkan Los Blancos.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video