Andreas Pereira yakin Jose Mourinho berpuas hati dengan peningkatannya ketika dipinjamkan di Valencia dari Manchester United meskipun pengurus itu pada awalnya menyuarakan kebimbangan terhadap perpindahannya itu.
Pemain Brazil yang dilahirkan di Belgium itu menyertai Valencia pada permulaan kempen ini dalam satu perpindahan menjengkelkan Mourinho, yang secara terbuka mengkritik pemain berusia 22 tahun itu.
Mourinho mendedahkan bagaimana dia memberitahu Pereira agar kekal dan berjuang untuk peluangnya, yang sebelum ini memberi aksi berkesan ketika dipinjamkan ke Granada.
Keputusan Pereira untuk meneruskan pinjaman lain mengakibatkan Mourinho mempersoalkan sama ada pemain tengah itu 'bertarung' untuk berada di United walaupun dia menandatangani perjanjian baru hingga 2019 sebelum berlepas ke Mestalla.
Setakat ini, Pereira bermain 17 perlawanan LaLiga dan sekalipun Mourinho pada mulanya kurang bersetuju mengenai keputusan tersebut, bekas pemain PSV itu percaya bos Portugal berkenaan sudah sedia dengan ideanya.
"Pasti, (Mourinho) gembira kerana Marcelino (pendendali Valencia) adalah jurulatih yang sangat baik dan kami melakukan dengan hebat," kata Pereira kepada The Guardian.
"Dia memberitahu saya, saya terpaksa kekal tetapi saya mahu bermain dan mendapatkan lebih banyak masa bermain. Dia mahu saya kekal di sana dan itu penting (kepadanya) tetapi saya perlu melakukan ini.
"Ini penting untuk saya dan kerjaya saya dan saya pasti jika ia berfungsi, tahun depan saya akan kembali ke sana dan ia akan menjadi lebih baik untuk kami.
"Pada akhirnya, saya fikir dia gembira kerana dia adalah jurulatih yang sangat jujur. Saya bercakap dengannya ketika saat-saat akhir saya datang ke sini.
"Saya berfikir saya mahu kekal tetapi ketika pra-musim saya berasa: 'Saya tidak fikir saya cukup bermain, saya tidak mendapat banyak perlawanan.'
"Saya perlu bermain dan perlu terus berkembang. Saya tahu saya akan mendapat masa permainan di United tetapi di sini saya bermain setiap minggu dan menjadi pemain penting untuk pasukan.
"Ini keputusan yang sangat sukar. Saya tidak mahu meninggalkan United tetapi saya juga mahu bermain. Akhirnya, saya akan menjadi pemain yang lebih baik dan saya tetap menjadi pemain United."