Skip to main content

Bola Sepak

Perancis mampu sekat Hazard -- Hernandez

eden-hazard.jpg
Selepas berjaya menyingkirkan Lionel Messi dan Argentina, Lucas Hernandez yakin mampu mengekang bintang Belgium, Eden Hazard.

Les Bleus meranapkan harapan Messi menjuarai Piala Dunia selepas menyingkirkan Argentina 4-2 dalam pusingan 16.

Skuad kendalian Didier Deschamps itu menewaskan Uruguay 2-0 dalam aksi suku akhir dan bakal bertemu Belgium di Kazan.

Bek kiri, Hernandez, menyifatkan Hazard dam Romelu Lukaku sebagai ancaman utama tetapi tidak gentar dengan cabaran untuk mengekang gandingan bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

"Kami telahpun menyingkirkan pemain terbaik dunia (Messi) dan Argentina," katanya.

"Dia tidak menyentuh bola. Itu realitinya.

"Berdepan Belgium, kami akan pastikan Hazard tidak kerap menyentuh bola dengan sebaik mungkin," ujarnya.

Hernandez dijangka menyertai Benjamin Pavard, Raphael Varane dan Samuel Umtiti walaupun terdapat kecederaan lutut yang tidak serius membelenggu pemain Atletico Madrid itu.

Varane, penjaring gol pembukaan Perancis ketika berdepan Uruguay, percaya usaha keseluruhan pasukan diperlukan untuk menyerap serangan Belgium.

"Hazard adalah pemain yang berbakat, pantas dan berkualiti," kata Varane.

"Tiada jalan penyelesaian mudah untuk berdepannya. Kami perlu menutup setiap ruang.

"Lukaku mampu menyukarkan mana-mana pasukan kerana kelebihan fizikalnya. Dia bergandingan dengan beberapa pemain yang bertaraf bintang tetapi kami juga mampu menghukum mereka."

Advertisement

Must Watch Video