Patrick Vieira percaya kemenangan Perancis ke atas Argentina merupakan perlawanan yang mencerminkan apa yang mereka perlukan dan akan membantu mereka mencapai gemilang dalam Piala Dunia di Russia.
Skuad kendalian Didier Deschamps itu menemui rentak dengan kemenangan mendebarkan 4-3 ke atas Argentina dalam pusingan 16, Sabtu lalu.
Kylian Mbappe menjaringkan gol melalui penampilan cemerlangnya untuk Perancis menempah pertemuan suku akhir dengan Uruguay.
Vieira, yang membantu negaranya memenangi Piala Dunia 1998 dan Euro 2000, berasakan perlawanan menentang Argentina adalah apa yang diperlukan oleh Perancis.
"Kita boleh bercakap mengenai kempen mereka dengan beberapa cara yang berbeza. Seperti orang lain, saya fikir, saya menjangkakan lebih banyak daripada segi mutu permainan," kata jurulatih Nice itu semalam.
"Saya fikir kritikan terhadap pasukan kebangsaan Perancis sangat keras. Apabila anda menonton perlawanan mereka menentang Argentina, itu merumuskan apa yang mereka perlukan selepas ini.
"Mereka memerlukan permainan getir dan mereka menyerlahkannya ketika bertemu Argentina. Saya berpendapat Perancis sukar untuk ditumbangkan.
"Saya sangat berharap mereka akan memenanginya. Selepas perlawanan terakhir, anda dapat lihat pemain beraksi lebih yakin dan lebih bebas.
"Perlawanan itu akan membantu mereka mencapai matlamat, pada hemat saya."
Ini merupakan kali kedua Perancis mara ke suku akhir Piala Dunia berturut-turut tatkala pemburuan gelaran kedua Piala Dunia.