Jurulatih Kedah, Muhammad Nidzam Adzha Yusoff, menganggap taktik mengekang kemaraan Amri Yahyah dan Rufino Segovia menjadi sehingga jentera serangan Selangor sukar mencari ruang mencipta jaringan ketika Lang Merah meraih kemenangan 4-0 dalam Liga Super di Stadium Darulaman, semalam.
Nidzam memuji barisan pertahanan Kedah yang diketuai kapten, Khairul Helmi Johari, yang cemerlang mengikut arahan yang telah ditetapkan.
Hasilnya, Rufino dan Amri seakan-akan hilang rentak dan sukar mencari peluang untuk mengasak ke kubu pertahanan Kedah.
"Kami melihat Selangor pantas menyerang. Jadi, kami memberi tumpuan kepada perkara itu.
"Kami juga fokus kepada setiap individu pemain Selangor. Itu yang ditunjukkan dalam perlawanan di mana pemain kami mengikut arahan, bermain mengikut apa yang dirancang," kata Nidzam.
Sementara itu, tempoh dua minggu mengambil alih pasukan selepas Ramon Marcote direhatkan membuka peluang Nidzam membentuk cara yang diinginkannya.
Ternyata corak permainan laju menerusi hantaran pendek benar-benar serasi, dengan pemain Kedah yang turut memiliki pemain yang lincah di atas padang.
"Sebenarnya, kami mengambil kesempatan di atas rehat panjang. Kami memperkemaskan barisan pertahanan dan corak permainan," kata Nidzam lagi.